Pages

Saturday 21 June 2014

Regret

Well,setiap kali nak tulis post,mesti fikir pasal tajuk dulu.Hari ini merupakan hari sekolah ganti,tapi Aiki menyesal pulak datang sebab tak ada sebab pun Aiki datang sekolah,dah la tak ada kawan,duduk sorang-sorang je kat dalam kelas.Hampir semua budak lelaki pergi main bola,yang lain pergi merayau.Aiki sorang je duduk dalam kelas,baca komik,sebenarnya rasa nak tidur,tapi bila difikirkan balik yang Aiki sorang je duduk dalam dan semua barang kat dalam kelas,Aiki pun tak jadi nak tidur.So,tunggu punya tunggu,sebelum rehat tu semua pun balik ke kelas.Lepas rehat tu,Aiki pun pergi la kantin,beli jagung,lepas tu pergi bilik guru nak jumpa cikgu fizik,then cikgu pun cakap la ada kerja ke tak nak buat,Aiki pun jawab la tak ada,cikgu pun suruh tolong dia menanda peka budak form 5,cuma tolong balik-balikkan kertas je,cikgu cakap macam sekejap je kalau buat berdua ni.Then,dalam pukul 11:45 balik semula ke kelas,masa tu dah ada cikgu yang masuk,cikgu tanya kenapa tak ada dalam kelas,Aiki pun jawab la yang Aiki pergi tolong cikgu.Masa ni la yang buatkan Aiki rasa menyesal sangat-sangat.Aiki bercakap la dengan kawan Aiki,dua-dua lelaki,well,tak ada kawan perempuan yang rapat dengan Aiki masa tu.So,cakap punya cakap,diorang start tanya Aiki samada Aiki ada crush ke tak.Aiki cakap la ada,lepastu diorang senyap,Aiki pun start la tanya diorang ada crush ke tak,of course la ada kan?Sorang cakap yang crush dia tu tak sama sekolah yang sorang lagi tu cakap dia crush dekat budak akaun.So,sebagai ganti,Aiki kena la balas balik dengan bagitahu siapa crush Aiki,mula-mula Aiki cuba la nak confused kan diorang,tapi tiba-tiba je mulut Aiki cakap clue yang jelas ya amat,senang je nak teka.Aiki cakap yang crush Aiki ni sekelas je,selepas tu dia ada nama Mohd.So,calon-calonnya cuma ada 5 orang,Aiki reject 2 orang,tinggal 3 orang lagi,so,diorang start syak la crush Aiki ni.Aiki tak nak bagitahu sebaliknya suruh diorang teka sendiri sampai la hambis sekolah,time nak balik tu,diorang datang satu persatu (2 orang) then,cakap "aku suka kau" ,Aiki pun jawab la, "tipu" .Nampak sangat diorang tipu.Kalau betul pun ianya salah satu daripada diorang,Aiki seolah-olah buat pengakuan lah kan?Tak nak la buat pengakuan ni.
MENYESAL

I hope you don't know about the person I like
 

Tuesday 10 June 2014

Hope

Kadang-kadang,kita tak sedar pun yang kita sebenarnya bagi harapan dekat seseorang tu.Kata orang,jangan bagi harapan palsu dekat orang yang sukakan kita,kalau tak suka,cakap je tak suka,kalau suka cakap je la suka.Tapi tu masalahnya,semua tak berani nak bagitahu,takut nanti perasan sendiri.Well,Aiki dah banyak kali dapat harapan palsu ni,kadang-kadang rasa puas pun ada,Aiki bukan ada pengalaman pun dalam bab cinta-cinta ni.Mula-mula,Aiki ingat dia sukakan Aiki jugak,tapi tu la masalahnya bila seseorang tu rasa 'famous',kadang-kadang bajet 'hot'.Rasa macam best je mainkan perasaan orang lain.Kadang-kadang kita tak sedar jugak yang ada orang lain yang sukakan kita dalam diam,kita buat bodoh je sebab perhatian kita hanya dekat crush kita tu je.Tapi bila difikirkan balik,ada ke yang sukakan Aiki dalam diam?Macam tak logik je kalau ada orang sukakan Aiki.Well,tak ada siapa yang tahu kecuali Allah.


Always happy.

Followers