Pages

Saturday 21 June 2014

Regret

Well,setiap kali nak tulis post,mesti fikir pasal tajuk dulu.Hari ini merupakan hari sekolah ganti,tapi Aiki menyesal pulak datang sebab tak ada sebab pun Aiki datang sekolah,dah la tak ada kawan,duduk sorang-sorang je kat dalam kelas.Hampir semua budak lelaki pergi main bola,yang lain pergi merayau.Aiki sorang je duduk dalam kelas,baca komik,sebenarnya rasa nak tidur,tapi bila difikirkan balik yang Aiki sorang je duduk dalam dan semua barang kat dalam kelas,Aiki pun tak jadi nak tidur.So,tunggu punya tunggu,sebelum rehat tu semua pun balik ke kelas.Lepas rehat tu,Aiki pun pergi la kantin,beli jagung,lepas tu pergi bilik guru nak jumpa cikgu fizik,then cikgu pun cakap la ada kerja ke tak nak buat,Aiki pun jawab la tak ada,cikgu pun suruh tolong dia menanda peka budak form 5,cuma tolong balik-balikkan kertas je,cikgu cakap macam sekejap je kalau buat berdua ni.Then,dalam pukul 11:45 balik semula ke kelas,masa tu dah ada cikgu yang masuk,cikgu tanya kenapa tak ada dalam kelas,Aiki pun jawab la yang Aiki pergi tolong cikgu.Masa ni la yang buatkan Aiki rasa menyesal sangat-sangat.Aiki bercakap la dengan kawan Aiki,dua-dua lelaki,well,tak ada kawan perempuan yang rapat dengan Aiki masa tu.So,cakap punya cakap,diorang start tanya Aiki samada Aiki ada crush ke tak.Aiki cakap la ada,lepastu diorang senyap,Aiki pun start la tanya diorang ada crush ke tak,of course la ada kan?Sorang cakap yang crush dia tu tak sama sekolah yang sorang lagi tu cakap dia crush dekat budak akaun.So,sebagai ganti,Aiki kena la balas balik dengan bagitahu siapa crush Aiki,mula-mula Aiki cuba la nak confused kan diorang,tapi tiba-tiba je mulut Aiki cakap clue yang jelas ya amat,senang je nak teka.Aiki cakap yang crush Aiki ni sekelas je,selepas tu dia ada nama Mohd.So,calon-calonnya cuma ada 5 orang,Aiki reject 2 orang,tinggal 3 orang lagi,so,diorang start syak la crush Aiki ni.Aiki tak nak bagitahu sebaliknya suruh diorang teka sendiri sampai la hambis sekolah,time nak balik tu,diorang datang satu persatu (2 orang) then,cakap "aku suka kau" ,Aiki pun jawab la, "tipu" .Nampak sangat diorang tipu.Kalau betul pun ianya salah satu daripada diorang,Aiki seolah-olah buat pengakuan lah kan?Tak nak la buat pengakuan ni.
MENYESAL

I hope you don't know about the person I like
 

Tuesday 10 June 2014

Hope

Kadang-kadang,kita tak sedar pun yang kita sebenarnya bagi harapan dekat seseorang tu.Kata orang,jangan bagi harapan palsu dekat orang yang sukakan kita,kalau tak suka,cakap je tak suka,kalau suka cakap je la suka.Tapi tu masalahnya,semua tak berani nak bagitahu,takut nanti perasan sendiri.Well,Aiki dah banyak kali dapat harapan palsu ni,kadang-kadang rasa puas pun ada,Aiki bukan ada pengalaman pun dalam bab cinta-cinta ni.Mula-mula,Aiki ingat dia sukakan Aiki jugak,tapi tu la masalahnya bila seseorang tu rasa 'famous',kadang-kadang bajet 'hot'.Rasa macam best je mainkan perasaan orang lain.Kadang-kadang kita tak sedar jugak yang ada orang lain yang sukakan kita dalam diam,kita buat bodoh je sebab perhatian kita hanya dekat crush kita tu je.Tapi bila difikirkan balik,ada ke yang sukakan Aiki dalam diam?Macam tak logik je kalau ada orang sukakan Aiki.Well,tak ada siapa yang tahu kecuali Allah.


Always happy.

Tuesday 20 May 2014

Realize..

Assalamualaikum :) dah lama tak buka blog,well exam mid-year kann hihi.Cakap je tak ada masa,padahal banyak sangat,kat rumah tak ada pun belajar,kat sekolah je study,bak kata orang,study 'last minute'.Baru harini Aiki dapat tahu tentang crush Aiki yang sorang lagi tu,rupa-rupanya dia dengan perempuan dalam gambar profile dia tu sebenarnya gf dia.Terkejut jugak la sebab angin tak ada,ribut tak ada tapi dah couple,well memang tak percaya langsung.Sejak dapat tahu dia dah couple,kerap pulak jumpa dia,tambah pulak hari yang tak berapa okay.First,beli air kotak krisantimum tapi rasanya lain,kotak pun gelembung semacam padahal tamat tempoh 2015.Then,pergi beli air dekat kantin,but Aiki buat mistake dengan secara tak sengaja terjatuhkan air bandung,Aiki actually nak bagi air tu tapi terjatuh pulak,malu jugak la Aiki,Aiki dah minta maaf,tapi mak cik tu cakap,"bukan marah tapi susah nak lap" dari gaya mulut + muka,nampak sangat marah.Selepas tu,selepas minum habis air bandung tadi,kawan cakap air bandung kena tudung,mood terus hancur,tapi nasib baik sikit je,kalau banyak? *senyap* Well,susah sangat la crush2 nim,bak kata kakak angkat,cari imam terus.Masih 'kecik' lagi~ So,sekarang cari crush baru~ Just crush,tak suka lagi.Kedua-dua crush Aiki tu,Aiki buang daripada list.The End.


Thank you for make me realize about it

Wednesday 30 April 2014

Mid-year exams

Okay,tak study lagi ni,habis la,dah la fizik tak boleh nak tangkap satu pun.Ada esei lak tu,kimia dan biologi tu boleh faham lagi tapi fizik?tak langsung.Add-math satu lagi problem,Aiki boleh tangkap sikit je,tak banyak pun.Susahnya jadi budak aliran sains!Lagi 5 hari je tinggal,dah la first ujian pun dah kimia dan sejarah kertas 3,lepastu baru BM dan BI.Dah la homework banyak tertangguh,tak buat-buat lagi tambah pula dengan nota?!Lepas exam,masih la sekolah 3-4 hari,ingatkan cuti terus,nanti cikgu sempat bagi homework,tak nak,tak suka,nak cuti dengan aman.


Wish me luck :)

Jealous!

First,Aiki ingat crush Aiki yang lagi satu tu jenis yang kurang tegur perempuan.Okay,I'm wrong.Hati Aiki rasa sakit apabila Aiki nampak gambar dia dengan kawan lelaki+perempuan.Aiki rasa macam nak jerit je sekarang ni,jerit sekuat-kuatnya,kalau boleh bagi dia dengar sekaligus.Jealous ya amat okey!Aiki ingat yang dia ni takkan bagi masalah sangat la kat Aiki tapi dia tu dua kali lima je dengan crush Aiki yang selalu Aiki cerita tu.Sakit,sakit sangat.Aiki tak minta lebih pun,just jadi kawan pun dah cukup,tak minta pun couple-couple ni.


Just friend.

Tuesday 22 April 2014

Give up

Okey,give up!Aiki dah tak sanggup,Aiki akan start ignore dia walaupun jumpa dia 100 kali sekalipun.Dia ignore Aiki macam Aiki ni tunggul okey?Sape sanggup?Well sebelum ni,Aiki ada tulis yang Aiki susah nak give up dengan dia,tapi doakan Aiki supaya dapat lupakan dia,bak kata orang 'cinta monyet'.Aiki akan start ignore dia esok:

Hari:Rabu
Tarikh: 23.04.2014

Wish me luck,okey?

Saturday 19 April 2014

Stalk

Rasanya,semua faham apa maksud stalk kan?Actually,Aiki ni cakap je kat diri Aiki yang Aiki akan stop stalk dia tapi malangnya tak dapat jugak.Sentiasa berharap yang dia ada tulis pasal Aiki,tapi siapa la Aiki ni nak berharap supaya dia ada tulis pasal Aiki.Aiki kadang-kadang curious tentang siapa la perempuan bertuah yang dia selalu tulis tu.Aiki tak nak la dianggap macam stalker yang tahu semuanya,Aiki just tahu sikit je pasal dia.Aiki nak tanya korang la kan,apa yang korang rasa bila korang sukakan seseorang?Sebab haritu kan,masa Aiki lalu sebelah dia kan,hati Aiki bagai kena shock then degup macam biasa pulak,tak ada pulak degup laju ke.Aiki ni bukannya pandai sangat tentang cinta-cinta ni,Aiki ni tak ada experience lagi,hihi :) Tapi tak nak couple-couple ni,couple selepas kahwin je la,LOL :)

I wondering if you have wrote something about me

Followers